Program Home Base business 2013 adalah satu program berkonsepkan menjana pendapatan berdasarkan perniagaan dari rumah. Sebenarnya konsep home base business ini telah dipratikkan di beberapa negara seperti Negara-Negara di Europa, Thailand, Indonesia Dan Amerika Syarikat. Program ini dapat membuka ruang kepada semua yang ingin menjadi usahawan baru tanpa bermodal besar. HBBP’13 ini juga sebahagian daripada konsep melahirkan usahawan baru yang kreatif dan berinovasi. Dengan program ini, usahawan baru boleh mengembangkan perniagaan yang mereka ceburi secara perlahan-lahan untuk mendapatkan pengalaman dan ianya boleh dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi jika dilakukan secara serius.
Apa Kelebihan Yang Akan Anda Dapat Jika Menyertai Program HBBP’13 Ini ?
Secara jujurnya saya katakan program ini adalah satu jalan bagi melahirkan usahawan baru bermula dari sekala kecil dan boleh dimajukan walaupun dengan modal kecil, sekecil RM 50.00 sahaja. Yang penting adalah program ini akan memberikan kelainan dari segi teknologi dan kreativiti. Anda boleh memilih bidang yang anda suka dan bersesuaian dengan anda.
Tidakkah Anda Ingin Mempunyai Perniagaan Sendiri ?
Ini adalah soalan lazim yang biasa anda dengar. Tetapi jika dikaji semula dari soalan tersebut adalah perniagaan sendiri bermaksud anda mempunyai produk jenama sendiri yang mampu berdaya saing dalam pasaran masa kini. Wow… Berat sungguh ayat itu bagi mereka yang tidak pernah memulakan dan baru dalam perniagaan. kami disini akan menunjukkan dan memberi peluang kepada anda untuk menerokai suatu perniagaan yang membangunkan jenama dan produk anda sendiri.
Kenapa Perlu Saya Mempunyai Produk Jenama Sendiri ?
Untuk menjadi seorang peniaga yang mempunyai empayar perniagaan, tidak kira secara local atau internasional kita perlu mempunyai produk berjenama sendiri. Mungkin anda akan terfikir tentang modal atau kos untuk membuat jenama produk sendiri. Sebenarnya untuk membuat produk jenama sendiri tidak memerlukan kos yang tinggi, cukup dengan kos RM 100.00 sahaja anda mampu untuk membuat 2 jenis produk jenama sendiri.
Berapakah Modal Untuk Mendirikan Perusahaan Saya ?
Jawapannya adalah kurang daripada Rm 200.00 bergantung kepada jenis produk yang anda pilih. Sebagai contoh :
1. Jika anda memilih untuk menjadi pengusaha sabun kecantikan:
a) Peralatan /mesin = barangan/perkakas dapur anda dirumah sahaja (Tidak perlu beli)
b) Bahan mentah = boleh didapati dikedai runcit dan hardware dengan nilai rendah
c) Packaging = anda boleh membuatnya sendiri dengan bahan terbuang.
d) Kualiti = bergantung kepada pemilihan bahan mentah anda.
e) Pemasaran = anda diajar untuk menentukan hala tuju pemasaran secara betul.
f) Keuntungan = kasar - 120% hingga 400%. Bersih – 100% hingga 380%.
2. Jika anda memilih untuk menjadi pengusaha input pertanian (baja kompos)
a) Peralatan/ mesin = peralatan dirumah anda ( Tidak perlu beli )
b) Bahan mentah = bahan buangan ( bahan percuma )
c) Packaging = anda boleh membuatnya sendiri daripada bahan terbuang.
d) Kualiti = bergantung kepada teknologi pemerosesan anda ( diajar )
e) Pemasaran = anda diajar untuk menentukan hala tuju pemasaran secara betul.
f) Keuntungan = kasar – 200% hingga 500%
Jika dilihat disini anda tidak perlu modal untuk membuka kilang yang mahal dan anda masih mampu untuk membuat produk berjenama sendiri.
Bagaimana Saya ingin Menyertai Program Ini?
Terdapat 3 cara mudah untuk menyertai program ini :
1. Seminar
- Seminar berkumpulan
- Seminar personal course
2. Ebook & Video
Belajar membuat produk melalui e-buku dan dimudahkan dengan bantuan video yang direka khas untuk pembeli ebook.
3. Internet course (Belajar secara Online/Bantuan Online)
- Group Facebook (Pemberian tips)
- Skype (Pembelajaran/Pemasalahan)
Untuk mengetahui kos menyertai program ini, anda boleh DOWNLOAD katalog Pembayaran HBBP’13 Disini :
Kami juga melancarkan STOAC Membership Card sebagai satu daripada program HBBP’13 yang mana banyak kemudahan yang kami sediakan bagi yang menjadi ahli STOAC Membership Card. Antara kemudahan yang anda dapati adalah Potongan Harga (%) daripada bayaran seminar atau pembelian produk-produk keluaran STOAC, khidmat nasihat percuma dalam Group facebook dan banyak lagi. Borang Keahlian dan maklumat kemudahan tersebut boleh didapati pada blog ini (Akan Diumumkan)
Carta Dasar Konsep Program Homebase Business 2013
Carta Bidang Utama Dalam Konsep HBBP’13 Adalah :
4 Bidang Ini Adalah Fasa Pertama Dalam Program Home Base Business 2013.
Carta Sasaran Peserta
PERINGATAN !
Untuk makluman semua, ini bukan Program Mudah Buat Duit atau Skim Cepat Kaya ! Kami tidak menjalankan sebarang program/aktiviti pelaburan atau apa-apa kontrak pelaburan. Tiada yang mudah di dunia ini tanpa usaha !






+ comments + 8 comments
Di Indonesia ada tak???
@Syiwa tentunya ada. melalui online.
jalan-jalan sambil baca, followback please
Baca baca disini sob
nice info sahabatku , visit may blog ya !!
Makasih infonya sob :D
Menarik ni. Memang minat home based business :)
-> ❤ TechKini.com
da follow # 265 follow back ya..
http://rima-lelandha.blogspot.com/2013/01/brand-lokal-go-international-jilid-1.html
Post a Comment